alam dibumi allah

alam dibumi allah

Thursday 22 September 2011

alam dibumi Allah


 Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina"
Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanyan, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan..
Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politik, sosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.